Assalamualaikum...
Perubahan warna alam bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan, tetapi juga amat bermanfaat bagi kesihatan badan seseorang. Oleh itu, setiap peralihanwaktu solat perlu difahami dengan mendalam oleh umat Islam kerana ia mempunyai rahsianya yang tersendiri.
Para saintis telah merumuskan pergerakan yang dilakukan dalam ibadat solat memberi kesan yang amat bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang, otak dan seluruh tubuh badan seseorang, lebih2 lagi jika dikerjakan di awal waktu kerana ia mempunyai kaitan langsung dengan fenomena perubahan dan peralihan tenaga alam ini.
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya ( UM ), menerusi satu projek khas yang dijalankan di tahun 2008 lalu mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang, turut menemui rahsia itu.
Bagaimanapun, terdahulu dari itu, beberapa orang saintis lain telahpun menemuinya dan ia turut didedahkan oleh sebuah syarikat yang menawarkan rawatan alternatif dengan konsep sains fizik, Color Vibration Theraphy ( CVT ) di dalam makluman rahsia perubatannya.
Menurut para saintis, setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan alam pula boleh dikesan dengan mudah oleh mereka yang sering mengambil perhatian mengenainya termasuk mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan denagn frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi, warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( keserentakan ruang dan masa ), dalam erti kata lain jaga dari tidur.
Dalam keadaan itu juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermual sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga itulah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah kepada warna hijau ( ishraq dan dhuha ) dan kemudiannya warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu itu bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman..
Kajian sains mendapati, warna kuning itu mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Contoh yang amat jelas bolehlah dirujuk kepada seseorang yang sakit perut yang pasti akan hilang cerianya.
Kemudian, warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar. Spektrum warna pada waktu itu bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asarnya akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar itu jasad dan roh seseorang itu terpisah ( tidur ), sedangkan tenaga alam pada waktu Asar itu amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
04 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment