Kawan , seseorang yang kehadirannya tak dijangka dalam hidup kita . Ada yang sudah berkawan sejak kecil lagi , ada yang baru bertemu ketika di sekolah rendah , ada yang baru bertentang mata ketika di sekolah menengah dan ada juga yang baru mengenali hati budi masing masing ketika sudah dewasa . Tidak kiralah apa pun jantinanya , dia tetap kawan kita kan ? Tapi biasalah , setiap perhubungan yang terjalin pasti ada pergolakan yang berlaku . Saya pasti , semua orang sayang dengan kawan kawan mereka tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah yang tiba mengejut yang boleh membawa kepada pergaduhan . Saya seorang manusia yang tidak sempurna , seperti anda juga . Jadi pada hari ini saya ingin berkongsi tips tips bagaimana kita boleh mengeratkan lagi persahabatan dalam hidup kita yang serba kekurangan .
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu.
3. IKHLAS
Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya
mempercayai menjadikan hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?
11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain.
12. SALING BERHUBUNG
Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.
Semoga tips tips ini dapat membantu anda dikala dilanda masalah bersama teman teman anda =)
“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”
No comments:
Post a Comment