17 March 2010

WOW!! HEBAT!!!!


Huh!! Apa yang hebat sangat tuh?!?!?!?
Saja ana pilih quote tu sebagai title...juga sebagai satu kekuatan dan pembakar semangat dalam jiwa!!! Ana suka statement tuh!!
Ketika detik kamu rasa dunia ini membebankan,hidup ini penuh ujian,otak penuh bercelaru, pernah kamu rasa
"WOW!! HEBAT!!! SUBHANALLAH!!"
huhuh, kenapa pula nak rasa macam tu tetiba je??
sebab bila mana kamu rasa dugaan yang kamu pikul itu berat, ujian itu Allah tak bagi pada orang lain, kamu seorang saja diduga sebegitu...itulah namanya KAMU HEBAT!!Ya, kita hebat..Jadi ujian pun kena hebat biar kita naik pangkat jadi hamba yang bertaqwa...Insya-Allah..
Cuba kamu gumpal semua masalah yang sedang menimpamu.Kemudian, genggam ia seerat mungkin dan bentak padanya sepertimana firman Allah yang bermaksud...
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah:286)
Ya! Kamu boleh meleraikan semua itu dengan usahamu , azammu yang tinggi, dan bantuan dari ALLAH!!
"Tapi, dah cuba banyak kali dah..."
Shhhh...jangan sesekali berputus asa... Allah akan sentiasa bersama kita...selalulah kuatkan dirimu dengan ayat Alah ini...
"La takhaf wa la tahzan innAllaha ma'na"
ALLAHUAKBAR!!
Lagipun, kalau kamu rasa dirimu jatuh, kamu tak mahu berusaha lagi, kamu berputus asa, ingatlah kata-kata Allah dalam surah Yusuf , ayat 87 yang membawa maksud..
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang KAFIR."
Ishhh..nauzubillah...
Kadang-kadang masalah kita tu melibatkan manusia.Samada kita tidak menyukai atau tidak disukai..
Apabila kita tidak menyukai ..........=(
Janganlah sesekali kita mendambakan kesempurnaan seseorang... Sebab tak ada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini!!!Cubalah kita lebihkan "memahami" daripada "menghukum" dalam hidup kita....
Apabila kita tidak disukai.................=(
Kita mesti kuat ,selagi kita di pihak yang benar,peganglah pepatah arab ini...
(Maksudnya) Keredhaan manusia adalah suatu matlamat yang TIDAK AKAN TERCAPAI!!
Tapi,cuba check balik diri kita, mana silap kita, sebab kita tidak akan sentiasa berada di dalam kelompok yang memahami kita...
Sebenarnya, semua masalah itu membuatkan diri kita matang,menaik taraf diri kita menjadi seorang yang "HAKEEM" - iaitu bijaksana...
Kalau nak tahu intipati di sebalik HAKEEM-ALEEM,tunggulah post saya akan datang...



No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 thecounselingbuddies