Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar, you allz? sihat? Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa berada di naungan Allah subhanahu wataala.
Ok, kali ni saya nak bawa you allz mengintai kebenaran satu kitab yang mana ia sangat istimewa. Diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur pun mengambil masa 23 tahun. WOW! lama kan? Dan kitab tersebut tak lain dan tak bukan ialah Al-Quran ( nama lainnya ialah al-Kitaab, al-Furqan, adz-Dzikr, al-Tanzil dan sebagainya. )
Al-Quran sememangnya sebuah rujukan yang sangat penting dalam hidup manusia. Di dalam Al-Quran itu sendiri mampu menjadi panduan kepada pembinaan sesebuah tamadun. You allz tak payah beli buku 'How To Become Rich' atau 'Bagaimana Untuk Sukses' untuk menjadi lebih baik. Al-Quran ada segalanya untuk you allz.
Di zaman yang semakin menghampiri pengakhirannya ini, semakin ramai golongan Kristian dan Ateis ( golongan yang tidak percaya adanya Tuhan ) yang mula melihat cahaya dan kebenaran Islam. Terutamanya di negara barat. Dalam sebuah hadis yang saya dengar, ada menyatakan bahawa di akhir zaman ini, Islam akan lebih menyerlah di negara barat dan semakin malap di negara timur. Jelas di sini bahawa kita semua semakin terancam dengan pelbagai anasir jahat. Indonesia yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di dunia pun semakin banyak yang melanggar hukum Allah. Tak mustahil suatu hari nanti, United State Of America akan diisytiharkan mempunyai bilangan umat Islam paling ramai.
Dalam sebuah artikel yang saya jumpa menyatakan bahawa, sebuah bancian telah dilakukan selama hampir 50 tahun dan hasilnya ialah seperti berikut :
Kadar peningkatan Kristianiti meningkat 47%
Kadar populasi dunia meningkat 136%
Kadar peningkatan umat Islam meningkat 235%!!!
Sebenarnya, apa yang saya cuba bawakkan untuk you allz ialah, mengapa ramai yang memeluk Islam. Sebenarnya kebanyakan kes yang membawa hidayah kepada golongan kafir ini ialah melalui Al-Quran terutamanya pada para saintis barat. Mereka mengkaji Al-Quran dan dan sebilangan mereka tertarik dengan kebenaran fakta yang ditemui setelah mengikut Al-Quran. Buktinya akan saya post-kan untuk you allz kemudian. Buat masa sekarang, saya ingin fokuskan kepada you allz bahawa semua penemuan sains terawal di dunia milik saintis Islam dan bukannya saintis barat. Hebat bukan? Tapi bagaimana ilmuwan Islam ini berjaya mencapai kemajuan yang tinggi? Jawapannya ialah ilmuwan Islam ini sentiasa mengagungkan Allah. Lagi banyak ilmu mereka, lagi tinggi iman mereka. Dan mereka menjadi pakar dalam ilmu akhirat sebelum mereka menguasai ilmu dunia.
Namun, saintis barat memang hebat. Hebat bukan kerana mereka penemu kepada penemuan tapi PENIRU kepada penemuan. Tak perlu saya nyatakan siapa saintis barat yang mendakwa orang pertama cipta telefon, kapal terbang dan sebagainya kerana memang kita kenal penipu ini.
Buktinya, ada banyak istilah sains yang di ambil dari ilmuan Islam contohnya :
alphabet - asalnya alif-ba-ta
medicine - asalnya Madi Sina ( dakwat Ibnu Sina )
algebra - asalnya Al-Jibra ( rumusan ilmu matematik dari Al-Khawarizmi )
dan banyak lagi di tapak web berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Arabic_loanwords_in_English
Namun begitu, ada juga orang kenamaan barat yang mengakui kebenaran Al-Quran dan memeluk Islam tapi disembunyikan kenyataannya dari pengetahuan umum. Contohnya Napoleon Bornapate, seorang pemerintah Perancis. Juga you allz boleh rujuk tapak web berikut,
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_converts_to_Islam#From_Atheism
Natijahnya ( eh, skema lak ), kita semua haruslah mengetahui susur galur sesebuah ilmu itu dan kita ambil apa yang membawa manfaat pada kita. Kaji cara hidup ilmuwan Islam dan cuba contohi apa yang mereka amalkan ( selagi berlandaskan hukum syariat ). Ok la you allz, saya akan bawakan bukti2 sains dalam Al-Quran dalam post seterusnya dalam bahagian Sains Dalam Al-Quran. Sekian saja, salam hormat dari saya, wassalam...
p/s: gambar tu gimik je... takde maksud tertentu... Just a nice picture to look...
No comments:
Post a Comment