18 March 2010

Sains Dalam Al-Quran : Pengembangan Alam Semesta ( The Big Bang )

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pergh...
Kenapa pergh? haha.. takde ape2 pun. saje je... Alright, kita sambung pengisian yang saya janjikan untuk you allz pada post yang lepas.

Sedia maklum, Al-Quran merupakan risalah yang sesuai sepanjang zaman dan terbukti benar. Begitu juga Al-Quran dari sudut astrofizik. Pada awalnya, banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan permulaan alam ini. Then, muncul teori Big Bang yang menerangkan alam ini bermula dari sebuah letupan besar. Letupan yang mana semua dimensi benda dan masa terkumpul dalam waktu sifar. X faham. Ok, kita bayangkan macam ni.

Ambil satu belon yang belum ditiup. ambil marker dan buat satu tompok di mana2 bahagian hujung belon itu. Dah? Ha, apa lagi, tiupla... Sekarang perhatikan tompok yang you allz buat tadi. Ia semakin membesar kan? Begitulah juga dengan teori Big Bang. Tompok kecil yang you allz mula2 tadi merupakan dimensi benda dan masa yang dikumpul dalam masa sifar. Dimaksudkan masa sifar itu ialah ketika sebelum letupan ini berlaku, masa belum bermula. Masa akan dikira selepas letupan itu berlaku.

Kalau you allz x faham juga, kita ibaratkan seekor kutu melahirkan seekor ikan paus biru dewasa. Amacam? Style kan perumpamaan ni?


Dan teori big bang ni disahkan kesahihannya sebagai penjelasan kepada permulaan alam beberapa tahun yang lalu sedangkan Al-Quran sudah menerangkannya kira2 1400 tahun yang lalu.

Dalam Al-Qur'an, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)"


Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Haa... Hebat dowh Al-Quran yang kita baca setiap hari ( insya-Allah ) tu. Jangan main2. Al-Quran tu dah boleh dikira sebagai buku sains you allz. Lain kali kalau ada kelas sains, bawa skali tafsir. Boleh jadi rujukan. Ok la... semoga you allz mendapat maklumat yang berfaedah dari post ni. Sekian sahaja... salam hormat dari saya, wassalam...

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 thecounselingbuddies