19 March 2010

Sains Dalam Al-Quran : Pemisahan Langit Dan Bumi ( 1 )

assalamualaikum dan salam sejahtera...

jeng!2 Selamat kembali ke ruangan informasi SAMBESTARI no 1 di Malaysia ( insya-Allah ) You allz baru sahaja menjejakkan mata you allz ke bahagian Sains Dalam Al-Quran. So, straight to our next stop, kali ini kita nak membincangkan bukti teori Big Bang yg dinyatakan sebelum ni.

Sengaja saya bahagikan tajuk ini kepada dua kerana dalam bahagian ini, kita kan membincangkan dalil yang berkenaan dengan tajuk manakala bahagian kedua akan membincangkan perdebatan saintis dalam menentukan kesahihan teori ini.

Sehubungan itu, tajuk di atas adalah dirujuk. ( ayat surat rasmi... )


Seperti yang saya nyatakan sebelum ni, permulaan kepada alam ini bermula berikutan ledakan besar kira2 12 hingga 14 bilion tahun dahulu yang dinamakan The Big Bang. Setelah ledakan ini, sisa ledakan ini mengalami proses pemanasan dan penyejukan lalu membentuk jasad2 di angkasa seperti planet, bulan, bintang dll.

Beberapa siri penerokaan angkasa telah dilakukan dan hasilnya para saintis mendapati terdapat wap2 air, kulat, pokok seperti yang ada di bumi, wujud di Marikh dan bulan. Ha, apalagi, terkejut beruk la para saintis dan masing2 mengemukakan teori menjelaskan mengapa ia berlaku. Tapi, dalam Al-Quran dah dinyatakan bahawa :

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)


Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.


Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.




Thats all for nowz. You allz jangan lupa baca Al-Quran hari2 tau. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 thecounselingbuddies