16 March 2010

Sungai Dalam Laut...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Well, sebagai mukaddimahnya, saya nak bawak you allz menghayatisebuah discoveries yang memang GEMPAK. Saya mendapat tahu tentang perkara ni melalui ahli usrah saya sendiri yang menceritakannya sewaktu dalam usrah. Pergh... kitorang yang tengah dengar pun apa lagi, mata terbeliak, mulut ternganga dan paling teruk ada yang terpaku macam patung Abraham Lincoln. Rasanyer you allz pun dah tau tajuknyer apa, kan? X tahu? Ok la memandangkan ada yang x nampak tajuk blog ni, saya bagitau la. Tajuknyer ialah "Penemuan Sungai Di Dalam Air Laut Cenote Angelita, Mexico."

Gua Cenote (say-no-tay) Angelita di Mexico sememangnya merupakan syurga buat para penyelam menhayati keindahan alam. Sungai di dalam laut. Secara ilmiah itu tidak mungkin terjadi. Seorang penyelam, Anatoly Beloshchin, mengambil gambar 'sungai di dalam laut' dari kedalaman 60 meter perairan Cenote Angelita, Mexico.

Seperti yang diceritakan di laman web crystalkiss.com, di kedalaman lebih dari 30 meter pasukan penyelam menemui air tawar di tengah column air laut. Keadaan itu berubah dan penyelam kembali menemukan air laut setelah menyelam pada kedalaman 60 meter.

Beberapa meter dari lokasi itu akan mereka bertemu dengan sebuah gua. Di bahagian bawah berhampiran gua itu pasukan penyelam menemui sebuah sungai lengkap dengan pohon dan dedaunan yang mengapung di sekelilingnya.

Secara zahirnya, lokasi itu bukanlah sungai seperti yang terlihat di daratan. Tetapi, suasana itu memang serupa dengan sungai lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna agak kecoklatan.

Tapi, warna kecoklatan itu bukanlah berasal dari air tawar. Dikatakan, bahagian kecoklatan yang mirip air sungai itu adalah lapisan bahagian bawah gas hidrogen sulfida. Gas yang biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.

Secara keseluruhan, pasukan penyelam yang menemui penemuan itu mengakui yang ia sangat mengejutkan dan menakjubkan untuk dipandang.

"Di kedalaman 60 meter saya menemukan kembali air laut. Saya melihat sebuah sungai, pulau, lengkap dengan daun yang berguguran. Tapi sungai yang kami lihat adalah lapisan dari gas hidrogen sulfida," kata Anatoly


underwater-river



Amacam? best tak? Tapi, cerita belum lagi berakhir... Dikatakan penemuan ini sudah lama diketahui iaitu pada tanggal 16 Disember 2009. Eh, kenapa sekarang baru dikhabarkan berita ini? Kalau you allz nak tau, sebenarnya diceritakan bahawa setelah Anatoly menemui penemuan ini, beliau menemui ulama Islam di tempat beliau dan bertanyakan tentang perihal penemuan ini sama ada adakah ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang perkara tersebut. Lalu, ulama tersebut menjawab memang ada iaitu dalam Surah Al-Furqah ayat 53 yang berbunyi :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."

Setelah itu, dikhabarkan bahawa Anatoly telah memeluk Islam namun dirahsiakan oleh pihak tertentu.

Namun begitu, dilaporkan bahawa ada seseorang yang sudah terlebih dahulu menemui penemuan ini iaitu Jacques-Yves Cuosteau dan dikatakan beliau turut memeluk Islam tapi masih belum dapat dipastikan lagi.
Untuk keterangan lanjut, you allz layarilah blog ni,


http://www.haryantoblog.com/2010/03/benarkah-penemu-sungai-bawah-laut-masuk.html

So, apa yang saya cuba bawakan ialah marilah kita sama2 berfikir sejenak tentang isu semasa terutama sekali tentang Islam. Berhati-hatilah dengan maklumat yang dibawa oleh orang bukan Islam dan janganlah mudah terpedaya dengan sesuatu cerita yang tidak tahu kebenarannya. Sekian sahaja dahulu dari saya, wassalam...

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 thecounselingbuddies