16 March 2010

TIRAI

Assalamualaikum w.b.k.

Sebelum saya meneruskan kata kata moleklah dulu saya mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada semua yang telah mahupun baru mengunjungi blog The Counseling Buddies ini . Pasti anda semua tertanya tanya apakah itu THE COUNSELING BUDDIES ? Sebenarnya perkataan ini telah dialih bahasa daripada bahasa melayu yang bermaksud PEMBIMBING RAKAN SEBAYA . Semua orang tertanya tanya , apa itu Pembimbing Rakan Sebaya ? Disini kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai PRS .

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri. Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.

Objektif penubuhan blog ini adalah untuk

* Memudahkan perhubungan antara Badan PRS dan warga sekolah tidak kiralah pelajar mahupun guru .
* Mengikuti perkembangan dunia teknologi
* Menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dan jelas .

Selain itu , kami juga akan menyiarkan gambar gambar aktiviti yang diadakan di sekolah . Oleh itu , marilah kita bersama sama memeriahkan lagi blog ini. Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 thecounselingbuddies